6 penumpang tercampak ke laut bot penambang bertembung bot pelancong
SEMPORNA – Enam penumpang tercampak ke laut selepas bot penambang yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bot pelancong di perairan Semporna pada pagi Khamis. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, semua penumpang yang berusia antara 30 hingga 40-an berjaya diselamatkan selepas pemandu bot pelancong bertindak pantas memberikan bantuan menyelamatkan mereka. Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintenden Jaafar Hakim berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kemalangan membabitkan dua bot tersebut yang turut tular di media sosial. “Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah bot membawa sembilan pelancong, termasuk seorang warga Switzerland, sedang menuju ke Pulau Mabul, manakala bot penambang membawa penumpang dari Pulau Bum-Bum ke Pekan Semporna. “Perlanggaran berlaku di bahagian kiri hadapan bot pelancong, manakala bot penambang rosak di bahagian depan. Akibat pelanggaran itu, semua penumpang tercampak ke laut,” katanya dalam keny...